PROLOG
Julai,1993,Villa Sentosa.
Kakinya melangkah
masuk ke dalam pagar rumah banglo besar,yang baginya,sebesar istana itu.Hatinya
meruntun.Terharunya bertandang lagi.Asyraf yang masih muda,dalam lingkungan 12
tahun namun sudah mengenal erti derita.Beliau memandang wajah Tengku Muiz dalam
air matanya yang bertakung.Tangan lelaki itu dipegang dan di saat itu dia
mengetahui,lelaki itu bakal disayanginya lebih dari dirinya sendiri.
“Asyraf,Asyraf
jangan sedih ya? Mulai dari saat ini,Asyraf tinggal dengan pakcik ya?”
Tengku Muiz simpati
melihat keadaan anak yatim piatu itu.Pemandu peribadinya,Johar dan
isterinya,sudah pergi menghadap Ilahi.Kemalangan yang terjadi secara tiba-tiba
itu mengejutkan Tengku Muiz dari alpanya bahawa semua makhluk Allah pasti akan
pergi menghadap Penciptanya. Pada detik itu lah,Tengku Muiz berjanji pada
dirinya,bahawa dia akan menjaga Asyraf dengan sebaik yang mungkin.Dia berjanji,akan
menganggap Asyraf seperti anak kandungnya sendiri.
Beliau membawa
Asyraf masuk ke dalam perkarangan rumahnya lalu terlihat isterinya,Datin
Latifah sedang menghidu harum bunga-bunga ros yang cantik sedang kembang mekar
di taman bunga.Namun dia terhenti seketika tatkala melihat suami nya membawa
masuk seorang anak kecil yang kelihatan asing baginya.
“Ermmm..abang,siapa
ni?” Datin Latifah bertanya dengan gaya curiga.Wajah anak kecil itu
dipandangnya dengan perasaan musykil.
“Iffa,abang ada
benda nak cakap.Marilah kita masuk ke dalam dulu”
Asyraf yang
kelihatan sugul berasa segan dengan Datin Latifah yang nampak garang.Wanita
yang hampir mencecah 30-an itu langsung tidak kelihatan mesra.Dia memegang erat
suaminya lalu meleraikan pegangan tangan Tengku Muiz dan Asyraf.Mereka berjalan
masuk ke dalam rumah lalu Datin Latifah mengarahkan orang gajinya,Rozi dan
Salmah untuk menyediakan makanan tengah hari.
Datin Latifah
dengan berhati-hati,duduk di sofa mahal berjenama Parker Knoll yang diimport dari luar negara.Kaki nya disilangkan
dan kedua-dua tangan diletakkan di atas pahanya.
“Abang,siapa budak
ni?”
Datin Latifah
bertanya sekali lagi sambil mengukir senyuman palsu di bibirnya.Dia sangat
berharap Tengku Muiz tidak memberi jawapan yang menghampakan.Namun jauh dari
sudut hati,wanita itu tahu,dia tidak akan mendapat berita yang baik kali ini.
“Rozi,ambil adik
Asyraf ni pergi bawa ke dapur.Saya ada hal sikit mahu cakap dengan Datin”
Tengku Muiz memandang Rozi sambil memberi isyarat untuk dia lekas-lekas membawa
Asyraf ke dapur.Dia kenal dengan perangai isterinya.Wanita itu terkenal dengan
sikapnya yang tidak penyabar.Setelah Asyraf dibawa pergi,Tengku Muiz
berhati-hati menyusun kata-kata agar Datin Latifah dapat menerima keputusan
yang telah muktamad dalam hatinya.
“Sayang..awak tahu
kan yang Johar dan isterinya sudah meninggal dunia 3 hari lepas?”
“Yes...well,and
what about that?” Datin Latifah tidak terburu-buru untuk memberikan tidak balas
seolah-olah hati nya tidak terkesan dengan pemergian pemandunya yang sudah 15
tahun setia berkhidmat untuk keluarga itu.
“Budak kecil tadi
tu,anak tunggal mereka berdua.Dia sebatang kara sahaja.Abang dah buat keputusan
untuk jaga dia dan bagi dia tinggal dengan kita.” Tengku Muiz menjelaskan tanpa
meninggalkan satu patah perkataan pun,wajah isterinya dilihat sedang kemerahan
menahan marah.Wanita itu menggenggam tangannya sambil mengetap bibir tanda
geram dengan keputusan suaminya yang dianggap satu keputusan yang bodoh.
“Abang sudah
gila!?” sikap Datin Latifah yang membawa perwatakan wanita elegan dan bertaraf
tinggi itu hilang serta merta,dia berdiri di hadapan Tengku Muiz yang sedang
duduk tenang di sofa kesayangan nya itu.
“Saya tak
setuju.Hantar sahaja budak itu ke rumah kebajikan masyarakat”
“Awak jangan
mengarut.Awak setuju atau tidak,saya tetap dengan keputusan saya.Terpulang pada
awak mahu terima atau tidak” Tengku Muiz tegas dalam menyusun kata-katanya.Dia
sudah penat mengikutkan sahaja kehendak isterinya.Dia berharap,kali ini Datin
Latifah boleh menghormati keputusannya pula.
No comments:
Post a Comment