BAB 2
Jam menunjukkan
sudah pukul 12 tengah hari. Restoran yang digelar Singgahsana itu kelihatannya
sibuk dek kerana terlalu ramai orang berpusu pusu untuk mengambil lauk
kegemaran mereka. Di Singgahsana itulah yang menjadi pilihan Ashraf dan rakan sekerjanya untuk menjamu selera.
Mereka memilih tempat duduk yang hujung sekali memandangkan kebanyakan di situ
lebih selesa untuk berbual bual sesama mereka.
“Emmm...sedap juga
kedai ni punya sambal tempoyak. Bro,
meh la rasa lah sambal dia.” Seperti
biasa,Ashraf pasti akan memulakan
pembuka kata sepatah dua. Ashraf yang sememangnya dikenali sebagai seorang yang
happy go lucky dan bersahaja amat disenangi oleh rakan rakannya.
Dia yang
sememangnya penggemar tempoyak itu menjamu dengan penuh berselera sekali
sehinggakan sahabat baiknya,Amir tergelak kecil.Dalam pada itu,dia mengambil
kesempatan mengusik sahabatnya itu.
“Ashyraf,aku tengok
kau ni suka betullah makan masakan kampung ni “ ujar Amir sambil tersenyum
seakan menyindir Asyraf yang sedang khusyuk menikmati makanannya.
“Tahu tak apa.Aku
memang suka makan-makan macam ni.Lebih-lebih lagi kalau ada ulam.Fuhh sedap”
jawab Asyraf yang tidak mengerti maksud di sebalik kata-kata Amir.
“Ha,apa lagi.Kalau
macam cepat-cepatlah kawin.Kalau boleh,cari lah isteri yang suka masak masakan
kampung” Amir tidak terburu-terburu dalam menyampaikan maksudnya.Dia
kemudiannya tergelak melihat gelagat Asyraf yang hampir tersedak kecil selepas
mendengar kata-katanya.
“Kau ingat cari
isteri macam cari baju ke Amir oi?” Asyraf yang turut tergelak menepuk-nepuk
bahu sahabat baiknya itu.Bukan dia tidak mahu kahwin,namun dia masih bertemu
lagi wanita yang berjaya membuka hatinya.Lagipun, dia masih belum bersedia
memikirkan tentang perkahwinan lagi buat masa ini.Fokusnya sekarang,adalah
membalas budi Tengku Muiz yang banyak membantu diri di saat dia sebatang kara.
“Aku ni bukannya
apa,Amir.Nanti kalau dah sampai jodoh aku,engkau lah orang pertama yang tahu.”
Asyraf cuma ingin mengakhiri perbualan itu,memberi jawapan klise secara acuh
tak acuh.Amir hanya boleh tersenyum sahaja.Dia cukup kenal dengan sikap Asyraf
yang selalu menghabiskan banyak masa
membantu Tengku Muiz.
Menurut Asyraf,lelaki itulah ayahnya,dan dia sangat
menghormati lelaki itu.
Ring!Ring!Ring!
Telefon bimbit
kepunyaan Asyraf berbunyi.Nama Uncle Muiz
tertera di skrin telefonnya.Tanpa berlengah,Asyraf menjawab panggilan telefon
itu.
“Assalamualaikum
Ash.Ash tengah sibuk ke?” Suara Tengku Muiz kedengaran di balik telefon bimbit.
“Walaikumsalam Uncle.Ash
tengah lunch je ni.Tak sibuk mana pun” Ashraf berasa hairan.Suara Tengku Muiz
memberi gambaran bahawa ada sesuatu hal penting yang perlu dibicarakan.Asyraf
sudah kenal maklum dengan tindak tanduk lelaki tua itu.
“Macam ni,nanti
lepas habis kerja,Ash datang ofis Uncle.Ada hal sedikit yang Uncle mahu minta
tolong” Jelas lelaki itu.Tolong? Tolong
macam mana ye?Ashraf semakin hairan dengan tingkah laku ayah angkatnya itu.
“Boleh je
Uncle.Cuma.. ada apa-apa masalah ke?” Ashraf khuatir jika lelaki itu terlibat
dengan hal-hal yang membimbangkan.Maklumlah,Tengku Muiz seorang yang
ternama.Jadi tidak mustahil jika beliau mempunyai musuh-musuh yang ingin
menjatuhkannya.
“Tidak ada
apa-apa,cuma hal ini berkaitan si Daniel .Tak mengapalah,kamu datang sini selepas
kerja.Pakcik akan terangkan segala-galanya okay? Assalamualaikum”
“Walaikumsalam,uncle”
talian dimatikan.Ashraf berteka teki sendiri.Masalah apa lagi yang si Daniel
timbulkan kali ini?Ashraf jadi risau.Dia tahu,Tengku Muiz selalu sahaja pusing
kepala memikirkan tentang anak lelaki tunggal nya itu.
“Ada apa apa cerita
lagi ke asal adik kesayangan kau tu? “
Amir sempat
menyampuk sejurus panggilan telefon itu dimatikan.
“Aku tengok,kau
selalu saja kena cover line untuk si
Daniel tu. Hari tu,masa dia bergaduh dengan orang dekat kelab malam mana
entah,kau juga yang tolong datang untuk leraikan“
Amir membebel
panjang lebar. Dia risau tentang sahabatnya itu. Ashraf yang mengerti kerisauan
Amir cuma mampu tersenyum.
“Tak ada apa apa
lah Amir. Kau jangan risau.Aku okay.“
Dia meyakinkan
sahabatnya itu.
No comments:
Post a Comment