BAB 1
Ogos,2005,Kampung Bestari
Umairah menyidai
kain di hari yang sedang panas terik.Dia berkira-kira dalam hatinya tentang
keluarga Tuan Muiz yang akan sampai esok.Hatinya berdebar-debar memikirkan
bagaimana rupa lelaki bakal dikahwininya nanti,baikkah orang nya?Elokkah
sikapnya?Umairah berteka-teki dalam dilemanya sendiri.Dia sudah jauh termenung
hingga tidak menyedari ibunya,Mak Yah sedang terpacak berdiri di hadapan.
“Umairah oi! Jauh
termenung nampak?” sergah Mak Yah sekaligus mematikan lamunan gadis itu yang
masih belum memulakan aktivi menyidai kain.
“Opocot mak!” latah
Umairah yang terkejut membuatkan Mak Yah tergelak dengan keletah anak sulungnya
itu. Dia merisaukan tentang anaknya,bolehkah Umairah menjadi seorang isteri yang
baik,terutamanya kepada keluarga Tengku Muiz yang kaya raya itu.
“Mak ni,jangan lah
buat orang terkejut” Umairah merajuk dengan tingkah ibunya yang menyergah tanpa
memberi salam.Dia berasa malu,pasti ibunya menyedari mimik mukanya yang
berangan-rangan seperti menunggu putera dari kayangan.Kain yang lembap diambil
dari bakul lalu disidai ke atas dawai besi,Umairah berpura-pura tekun menyidai
kain sambil berharap agar ibunya tidak nampak gaya nya seperti orang yang
sedang mabuk cinta tadi.
“Aii,berangan kan
siapa lah tu agaknya ye?” Mak Yah tidak berhenti mengusik,lalu dilihatnya pipi
Umairah pula menjadi kemerah-merahan.Mak Yah yang tersenyum menyentuh pipi
anaknya yang masih kemerahan menahan malu.
“Aii,rasa tak
percaya pula anak mak yang seorang ni dah nak kahwin dah.Dah nak berjauh dengan
mak dah” Mak Yah mula berbicara serius namun air mata nya bertakung
mengenangkan dia akan berjauhan dengan anak manjanya membuatkan Umairah
lekas-lekas menenangkan hati ibunya.
“Ala..mak ni,jangan
la cakap macam tu.” Umairah memujuk ibunya yang sedang bersedih lalu mengusap
bersih air mata wanita itu.Umairah mengerti perasaan ibunya,kalau diikutkan dia
juga tidak mahu berpisah jauh dari ibu,ayah dan adik-adiknya.Niat hatinya,dia
ingin terus membantu ibu bapanya mencari nafkah,dia redha walaupun dia bukanlah
seorang yang berpelajaran tinggi namun dia mahu melihat adik-adiknya menjadi
orang berjaya.
Tetapi, berita yang
disampaikan ayahnya, Pak Zarul pagi tadi telah mengejutkan seisi keluarga.
“Apa? Keluarga
Pakcik Muiz nak melamar kak Long untuk anak lelaki dia?Tengku Daniel yang
sombong tu?” begitulah respons si Atiqah, anak kedua dalam keluarga Pak Zarul
selepas Umairah.
“Alah,itu masa dia
budak-budak dulu memang lah sombong.Sekarang kan dia sudah sebaya dengan kakak
kamu,mestilah dah jadi budak yang baik-baik.Betul tak Yah?” Pak Zarul memandang
wajah isterinya lalu memberikan isyarat mata agar isterinya mengiakan
kata-katanya.
“Tak tahu lah
bang,apa-apa pun kita mesti tanya anak kita,dia setuju ke? Ataupun kita bagilah
mereka berdua tu berkenal-kenalan dulu ke.Tak ke bagus begitu bang?” Pak Zarul
menjegilkan
matanya ,geram dengan jawapan isterinya yang
tidak membantu langsung. Dia,sewaktu itu,terus mengalihkan pandangan terhadap
Umairah.
“Ha,jadi Along ni
dah buat keputusan ke? Ayah bukan apa,Pakcik Muiz kamu tu kawan baik ayah.Dia
berkenan sangat nak bermenantukan kamu.Dari kamu budak-budak lagi dia dah suka
tengok kamu sama-sama dengan si Daniel tu.Ayah tak nak lah menghampakan
perasaan dia” panjang lebar Pak Zarul menjelaskan kepada Umairah,pada masa yang
sama,dia juga memainkan psikologi minda agar Umairah bersetuju sahaja dengan
keputusannya.Umairah yang kelihatannya sudah tertipu,dia mengangguk sahaja.Dia
kemudiannya menunduk malu,lalu tiba-tiba adiknya,Atiqah bersuara lagi.
“Tiqah rasa
kan,baik akak Long dengan abang Daniel berkenal-kenalan dulu.Tengok dulu serasi
ke tak.Yelah,tak kan nak main kahwin je.Betul tak?” Pak Zarul yang sedang
memerhati sudah mula bercekak pinggang.
“Betul juga”
Umairah tanpa semena-mena bersetuju dengan hujah yang disampaikan Atiqah.Dia
juga tak mahu membuat keputusan terburu-buru hanya atas dasar persahabatan
antara ayahnya dan Tengku Muiz.Baginya,perkahwinan bukan lah sehari dua,tapi
Inshaa Allah,dia inginkan perkahwinan yang berkekalan sampai akhir hayatnya.
“Bijak juga engkau
ni Tiqah” Umairah memuji idea Atiqah.
‘Hehe biasa
lah,adik akak juga kan” Atiqah yang sempat bergurau dengan kakaknya tidak
menyedari bahawa ayahnya sedang memerhatikan mereka .Pak Zarul yang berasa
marah mengarahkan Atiqah menyapu halaman rumah dan membakar daun-daun kering
sempena menyambut ketibaan Tengku Muiz dan keluarganya pada esok hari.
............................................................................................................................................................
Daniel duduk di
sofa kegemaran ibunya.Fikirannya runsing memikirkan cadangan ayahnya
semalam,cadangan yang paling mengarut padanya.Bukan sahaja kerana dia tidak
bersedia untuk berkahwin,malah,dia juga tidak mahu mengahwini gadis kampung
seperti Umairah.
Tengku Daniel Bin
Tengku Muiz,satu nama yang pasti dikenali ramai.Dia pernah terpilih menjadi
model untuk sebuah majalah popular di luar negara.Daniel kemudiannya berlalu
masuk ke biliknya dan berdiri terpacak di hadapan cermin.
“Ermm..takkan lah
orang macam aku ni,nak kena kahwin dengan budak kampung macam tu?” Daniel riak
bermonolog sendiri.Dia meneliti pakaiannya berjenama J.Lindenberg yang diimport dari Sweden,lalu dia tersenyum bangga
dengan kesenangan yang diperolehi dan rupa paras yang kacak yang mampu
meruntunkan jiwa mana-mana gadis.
Terkenangkan
tentang perempuan,Daniel teringatkan buah hatinya,Rossa.
“Mana pulak aku nak
letak Rossa kalau kena kahwin dengan budak kampung tu?” Daniel jadi risau.Dia
mula menyusun strategi untuk menyampaikan berita buruk ini terhadap teman
wanita nya itu.
Rossa,anak Datuk Kamal yang sudah 3 tahun menjadi buah hatinya
namun sayang,Tengku Muiz tidak pernah berkenan dengan teman wanitanya
itu.Menurut tengku Muiz,gadis itu terlalu liar dan kerap berparti.Namun,apa
yang Tengku Muiz tidak tahu,wanita seperti itu lah yang menjadi pilihan hati
anaknya.
Daniel memerhatikan bingkai gambar ayahnya yang
terletak cantik menjadi penghias dinding rumahnya.Daniel tahu,bapanya bukan calang-calang orang,dia mengagumi
bapanya itu sejak dari kecil lagi. Seorang pemilik kepada The Marloquise
,syarikat peragaan yang terkenal di Malaysia,lelaki itu berusaha dari seorang
yang tidak punya apa-apa sehingga dia berada di kedudukannya sekarang.
Daniel memasang
cita-cita untuk mengambil alih syarikat itu,dia sudah mula berangan-angan
tentang kelebihan yang bakal diperolehinya nanti.Gadis-gadis cantik yang pasti
akan hendak mengkerumuni dirinya yang sememangnya sudah jadi ramai kegilaan
wanita,tidak kiralah yang masih bujang atau pun yang sudah menjadi isteri
orang.
“Heh,” Daniel ketawa
kecil.Sesungguhnya dia berbangga dengan apa yang dimiliki,dia berbangga
dilahirkan sebagai seorang yang kaya,dan hakikatnya dia sangat membenci
orang-orang yang miskin kerana padanya mereka ini semua golongan yang
menyusahkan dan tidak pernah bekerja bersungguh-sungguh.
Kebenciannya bermula
sejak ayahnya,Tengku Muiz menjadikan Asyraf sebagai abang angkatnya dan
menjadikan Asyraf sebahagian daripada keluarganya. Begitu sakit hatinya apabila
Tengku Muiz meminta dia supaya bersahabat dengan anak pemandu itu. Ibunya Datin
Latifah,kakaknya dan adiknya juga merasakan perkara yang sama.Cuma ayahnya
sahaja yang terlalu baik hati ingin membantu Asyraf yang sebatang kara itu.
Kini ayahnya
mengulangi perkara yang sama apabila meminta dia mengahwini gadis kampong
bernama Umairah itu.
“Ayah harap Daniel
boleh pertimbangkan cadangan ayah ni.Pak cik Zarul tu dah macam adik beradik
ayah.Bukan orang lain.Sebab itu lah ayah nak jadikan mereka keluarga kita” Lebih
kurang begitulah kata-kata Tengku Muiz yang kini masih berlegar-legar di minda
Daniel.Daniel yang bercita-cita mengambil alih syarikat The Marloquise
mengiakan sahaja,dia memang beria-ia ingin mengambil hati ayahnya.
Menurut Tengku
Muiz,Keluarga Pak Zarul lah yang banyak membantu keluarganya sewaktu mereka
susah dulu.Dengan sebab itu lah,Tengku Muiz ingin membalas budi kepada keluarga
Pak Zarul.
“Alah,dengan Rossa ni,macam mana pula aku nak jawab?” Daniel
bersoal-jawab dengan dirinya sendiri.Dia runsing.Daniel tahu,dia harus menjadi
sedikit licik terhadap rossa .Ini kerana,Rossa pasti akan menyebarkan cerita
buruk tentang dirinya apabila wanita itu berasa sakit hati.
Namun Daniel terfikir satu idea jahat dalam buah fikirannya.Dia
kemudiannya tersenyum sinis.