Tuesday, 8 July 2014

Kau Yang Mencintai Aku Bab 1

BAB 1

Ogos,2005,Kampung Bestari

Umairah menyidai kain di hari yang sedang panas terik.Dia berkira-kira dalam hatinya tentang keluarga Tuan Muiz yang akan sampai esok.Hatinya berdebar-debar memikirkan bagaimana rupa lelaki bakal dikahwininya nanti,baikkah orang nya?Elokkah sikapnya?Umairah berteka-teki dalam dilemanya sendiri.Dia sudah jauh termenung hingga tidak menyedari ibunya,Mak Yah sedang terpacak berdiri di hadapan.

“Umairah oi! Jauh termenung nampak?” sergah Mak Yah sekaligus mematikan lamunan gadis itu yang masih belum memulakan aktivi menyidai kain.

“Opocot mak!” latah Umairah yang terkejut membuatkan Mak Yah tergelak dengan keletah anak sulungnya itu. Dia merisaukan tentang anaknya,bolehkah Umairah menjadi seorang isteri yang baik,terutamanya kepada keluarga Tengku Muiz yang kaya raya itu.

“Mak ni,jangan lah buat orang terkejut” Umairah merajuk dengan tingkah ibunya yang menyergah tanpa memberi salam.Dia berasa malu,pasti ibunya menyedari mimik mukanya yang berangan-rangan seperti menunggu putera dari kayangan.Kain yang lembap diambil dari bakul lalu disidai ke atas dawai besi,Umairah berpura-pura tekun menyidai kain sambil berharap agar ibunya tidak nampak gaya nya seperti orang yang sedang mabuk cinta tadi.

“Aii,berangan kan siapa lah tu agaknya ye?” Mak Yah tidak berhenti mengusik,lalu dilihatnya pipi Umairah pula menjadi kemerah-merahan.Mak Yah yang tersenyum menyentuh pipi anaknya yang masih kemerahan menahan malu.

“Aii,rasa tak percaya pula anak mak yang seorang ni dah nak kahwin dah.Dah nak berjauh dengan mak dah” Mak Yah mula berbicara serius namun air mata nya bertakung mengenangkan dia akan berjauhan dengan anak manjanya membuatkan Umairah lekas-lekas menenangkan hati ibunya.

“Ala..mak ni,jangan la cakap macam tu.” Umairah memujuk ibunya yang sedang bersedih lalu mengusap bersih air mata wanita itu.Umairah mengerti perasaan ibunya,kalau diikutkan dia juga tidak mahu berpisah jauh dari ibu,ayah dan adik-adiknya.Niat hatinya,dia ingin terus membantu ibu bapanya mencari nafkah,dia redha walaupun dia bukanlah seorang yang berpelajaran tinggi namun dia mahu melihat adik-adiknya menjadi orang berjaya.

Tetapi, berita yang disampaikan ayahnya, Pak Zarul pagi tadi telah mengejutkan seisi keluarga.
“Apa? Keluarga Pakcik Muiz nak melamar kak Long untuk anak lelaki dia?Tengku Daniel yang sombong tu?” begitulah respons si Atiqah, anak kedua dalam keluarga Pak Zarul selepas Umairah.


“Alah,itu masa dia budak-budak dulu memang lah sombong.Sekarang kan dia sudah sebaya dengan kakak kamu,mestilah dah jadi budak yang baik-baik.Betul tak Yah?” Pak Zarul memandang wajah isterinya lalu memberikan isyarat mata agar isterinya mengiakan kata-katanya.


“Tak tahu lah bang,apa-apa pun kita mesti tanya anak kita,dia setuju ke? Ataupun kita bagilah mereka berdua tu berkenal-kenalan dulu ke.Tak ke bagus begitu bang?” Pak Zarul menjegilkan
 matanya ,geram dengan jawapan isterinya yang tidak membantu langsung. Dia,sewaktu itu,terus mengalihkan pandangan terhadap Umairah.


“Ha,jadi Along ni dah buat keputusan ke? Ayah bukan apa,Pakcik Muiz kamu tu kawan baik ayah.Dia berkenan sangat nak bermenantukan kamu.Dari kamu budak-budak lagi dia dah suka tengok kamu sama-sama dengan si Daniel tu.Ayah tak nak lah menghampakan perasaan dia” panjang lebar Pak Zarul menjelaskan kepada Umairah,pada masa yang sama,dia juga memainkan psikologi minda agar Umairah bersetuju sahaja dengan keputusannya.Umairah yang kelihatannya sudah tertipu,dia mengangguk sahaja.Dia kemudiannya menunduk malu,lalu tiba-tiba adiknya,Atiqah bersuara lagi.


“Tiqah rasa kan,baik akak Long dengan abang Daniel berkenal-kenalan dulu.Tengok dulu serasi ke tak.Yelah,tak kan nak main kahwin je.Betul tak?” Pak Zarul yang sedang memerhati sudah mula bercekak pinggang.


“Betul juga” Umairah tanpa semena-mena bersetuju dengan hujah yang disampaikan Atiqah.Dia juga tak mahu membuat keputusan terburu-buru hanya atas dasar persahabatan antara ayahnya dan Tengku Muiz.Baginya,perkahwinan bukan lah sehari dua,tapi Inshaa Allah,dia inginkan perkahwinan yang berkekalan sampai akhir hayatnya.


“Bijak juga engkau ni Tiqah” Umairah memuji idea Atiqah.
‘Hehe biasa lah,adik akak juga kan” Atiqah yang sempat bergurau dengan kakaknya tidak menyedari bahawa ayahnya sedang memerhatikan mereka .Pak Zarul yang berasa marah mengarahkan Atiqah menyapu halaman rumah dan membakar daun-daun kering sempena menyambut ketibaan Tengku Muiz dan keluarganya pada esok hari.
............................................................................................................................................................

Daniel duduk di sofa kegemaran ibunya.Fikirannya runsing memikirkan cadangan ayahnya semalam,cadangan yang paling mengarut padanya.Bukan sahaja kerana dia tidak bersedia untuk berkahwin,malah,dia juga tidak mahu mengahwini gadis kampung seperti Umairah.
Tengku Daniel Bin Tengku Muiz,satu nama yang pasti dikenali ramai.Dia pernah terpilih menjadi model untuk sebuah majalah popular di luar negara.Daniel kemudiannya berlalu masuk ke biliknya dan berdiri terpacak di hadapan cermin.


“Ermm..takkan lah orang macam aku ni,nak kena kahwin dengan budak kampung macam tu?” Daniel riak bermonolog sendiri.Dia meneliti pakaiannya berjenama J.Lindenberg yang diimport dari Sweden,lalu dia tersenyum bangga dengan kesenangan yang diperolehi dan rupa paras yang kacak yang mampu meruntunkan jiwa mana-mana gadis.


Terkenangkan tentang perempuan,Daniel teringatkan buah hatinya,Rossa.
“Mana pulak aku nak letak Rossa kalau kena kahwin dengan budak kampung tu?” Daniel jadi risau.Dia mula menyusun strategi untuk menyampaikan berita buruk ini terhadap teman wanita nya itu.

Rossa,anak Datuk Kamal yang sudah 3 tahun menjadi buah hatinya namun sayang,Tengku Muiz tidak pernah berkenan dengan teman wanitanya itu.Menurut tengku Muiz,gadis itu terlalu liar dan kerap berparti.Namun,apa yang Tengku Muiz tidak tahu,wanita seperti itu lah yang menjadi pilihan hati anaknya.


Daniel  memerhatikan bingkai gambar ayahnya yang terletak cantik menjadi penghias dinding rumahnya.Daniel tahu,bapanya  bukan calang-calang orang,dia mengagumi bapanya itu sejak dari kecil lagi. Seorang pemilik kepada The Marloquise ,syarikat peragaan yang terkenal di Malaysia,lelaki itu berusaha dari seorang yang tidak punya apa-apa sehingga dia berada di kedudukannya sekarang.


Daniel memasang cita-cita untuk mengambil alih syarikat itu,dia sudah mula berangan-angan tentang kelebihan yang bakal diperolehinya nanti.Gadis-gadis cantik yang pasti akan hendak mengkerumuni dirinya yang sememangnya sudah jadi ramai kegilaan wanita,tidak kiralah yang masih bujang atau pun yang sudah menjadi isteri orang.

“Heh,” Daniel ketawa kecil.Sesungguhnya dia berbangga dengan apa yang dimiliki,dia berbangga dilahirkan sebagai seorang yang kaya,dan hakikatnya dia sangat membenci orang-orang yang miskin kerana padanya mereka ini semua golongan yang menyusahkan dan tidak pernah bekerja bersungguh-sungguh.

Kebenciannya bermula sejak ayahnya,Tengku Muiz menjadikan Asyraf sebagai abang angkatnya dan menjadikan Asyraf sebahagian daripada keluarganya. Begitu sakit hatinya apabila Tengku Muiz meminta dia supaya bersahabat dengan anak pemandu itu. Ibunya Datin Latifah,kakaknya dan adiknya juga merasakan perkara yang sama.Cuma ayahnya sahaja yang terlalu baik hati ingin membantu Asyraf yang sebatang kara itu.

Kini ayahnya mengulangi perkara yang sama apabila meminta dia mengahwini gadis kampong bernama Umairah itu.

“Ayah harap Daniel boleh pertimbangkan cadangan ayah ni.Pak cik Zarul tu dah macam adik beradik ayah.Bukan orang lain.Sebab itu lah ayah nak jadikan mereka keluarga kita” Lebih kurang begitulah kata-kata Tengku Muiz yang kini masih berlegar-legar di minda Daniel.Daniel yang bercita-cita mengambil alih syarikat The Marloquise mengiakan sahaja,dia memang beria-ia ingin mengambil hati ayahnya.


Menurut Tengku Muiz,Keluarga Pak Zarul lah yang banyak membantu keluarganya sewaktu mereka susah dulu.Dengan sebab itu lah,Tengku Muiz ingin membalas budi kepada keluarga Pak Zarul.

“Alah,dengan Rossa ni,macam mana pula aku nak jawab?” Daniel bersoal-jawab dengan dirinya sendiri.Dia runsing.Daniel tahu,dia harus menjadi sedikit licik terhadap rossa .Ini kerana,Rossa pasti akan menyebarkan cerita buruk tentang dirinya apabila wanita itu berasa sakit hati.


Namun Daniel terfikir satu idea jahat dalam buah fikirannya.Dia kemudiannya tersenyum sinis.

No comments:

Post a Comment